| Pusat Kokurikulum UUM | Unit Seni Bela Diri | Unit Perniagaan Tani | Unit Kepimpinan | Unit Seni Tampak |
| Unit Pengurusan Sukan | Unit Teknologi Media | Unit Keusahawanan | Unit Khidmat Masyarakat |
| Unit Pertolongan Cemas | Unit Sains Sukan | Unit Seni Muzik | Unit Seni Suara | Unit PALAPES | Unit SUKSIS |

73 PELAJAR KOKURIKULUM KEMBARA UUM SERTAI SUKAN LASAK DI SUNGAI SEDIM |
KEM REKREASI TAHAP II DAN KEM “PRE-SURVIVAL” MAHASISWA DAN SISWI SEMESTER 3 KO-K KEMBARASub Unit Kokurikulum Kembara III (A dan
B) yang telah berjaya mengadakan Kem Rekreasi Tahap II dan berserta
“PRE-SURVIVAL” yang telah dilaksanakan di Teluk Nipah, Pantai Merdeka Kedah.
Seramai 42 orang pelajar telah mengikuti kem ini dengan diiringi oleh 3 orang
jurulatih pengiring.
Tujuan kem ini dilaksanakan adalah untuk melengkapkan mahasiswa dan siswi dalam kursus kejurulatihan Rekreasi Tahap II. Kem ini dapat memberi suatu pengalaman baru kepada mahasiswa dan siswi mengenai ikhtiar hidup dalam sesuatu keadaan atau pengalaman yang tidak semua dapat merasai. Pengalaman ini dapat dijadikan oleh mahasiswa/i sesuatu yang berguna dalam kehidupan sebenar. Pengalaman ini adalah tidak lain untuk persediaan dari segi mental dan fizikal dalam apa jua keadaan serta dapat memupuk keyakinan diri mahasiswa. Menurut Encik Shahron Nizam Zakaria selaku jurulatih utama Kembara III A dan B, “kembara ini satu pengalaman dan keunikkan. Segala yang dilakukan dalam Kembara KLK ini pasti akan di aplikasi ke dunia sebenar. Sebagai contoh, kepimpinan ketika bekerja dan kerjasama dalam kerja sepasukan. Inilah realiti sebenar yang tak pernah lekang. Begitu juga Kembara yang kita jalani sekarang ini”. Oleh itu, diharap program seumpama itu, dapat diteruskan bagi melahirkan pemimpin yang berdisiplin, bekerjasama, berwibawa dan berkarisma. |
ASAS PENYELENGGARAAN KENDERAAN DI KOLEJ KOMUNITI BANDAR DARUL AMAN
Pelajar kokurikulum tahap dua Asas Penyelenggaraan Kenderaan mengambil inisiatif bagi meningkatkan ilmu dan kemahiran mereka dengan mengadakan Kegiatan Luar Kuliah (KLK) di Kolej Komuniti Bandar Darul Aman.
Bengkel yang memberi pendedahan dan pengetahuan asas tentang penyelenggaraan kenderaan turut diberi demonstrasi supaya pelajar dapat gambaran yang sebenar dan lebih jelas.
En Fakarudin Yusof salah seorang jurulatih kokurikulum yang mengiringi lawatan ini berpendapat bahawa pendedahan ini bukan sahaja boleh meningkatkan ilmu pengetahuan malahan sebagai persediaan kepada pelajar memiliki sebuah kenderaan sendiri suatu hari nanti untuk menyelenggara kenderaan agar jangka hayat kenderaan akan lebih panjang.
“Kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik bukan sahaja berisiko tinggi terlibat dalam kemalangan tetapi juga adakalanya melibatkan nyawa sekeliling” ujarnya.
Muhammad Azfar Farhan selaku Pengarah Projek ternyata berpuas hati dengan program ini dan beliau juga menaruh harapan supaya program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

PERKHEMAHAN JATI DIRI KOR SISKOR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Sub unit Kokurikulum Kor Siskor dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia telah berjaya mengadakan Perkhemahan Jati Diri Kor Siskor Universiti Utara Malaysia yang telah dilaksanakan di Lapangsasar Antarabangsa Langkawi (LISRAM). Seramai 111 orang pelajar yang terdiri daripada 4 platun Kor Siskor Semester Dua, UUM telah hadir mengikuti perkhemahan ini dengan diiringi oleh 3 orang jurulatih daripada Pusat Latihan Penjara (PULAPEN) Perlis.
Matlamat dan tujuan asal pelaksanaan aktiviti ini adalah untuk memupuk hubungan silaturrahim yang erat antara semua platun Kor Siskor UUM, dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan dapat menimba pengalaman baru seterusnya membentuk kerjasama dalam kalangan ahli. Para pelajar dapat mengetahui bagaimana cara untuk mendirikan khemah dan mengamalkan cara hidup sara diri jika berada dalam hutan. Pengalaman baru dapat ditimba dengan menerokai hutan dan mengenali spesis flora dan fauna yang tidak biasa ditemui. Para pelajar juga dididik untuk memupuk kesedaran untuk mencintai alam semula jadi kurniaan tuhan yang tidak ternilai ini. Aktiviti berkhemah mampu memantapkan keyakinan diri yang lemah dan menjadikan pelajar seorang yang berani menghadapi cabaran. Perasaan takut dapat dikikis sikit demi sedikit dan memberikan keyakinan pelajar untuk mencuba sesuatu yang mencabar ketahanan fizikal. Oleh itu, perkhemahan dapat mendidik pelajar supaya yakin dan berani menghadi apa jua rintangan yang datang.
Menurut Komandan Pusat Latihan Penjara Perlis KIP Badruddin Bakar, program seumpama ini bukanlah mudah untuk diadakan kerana melibatkan para peserta yang ramai dan memerlukan kerjasama daripada semua pihak bagi melancarkan aktiviti ini supaya semua peserta memperoleh manfaat yang berguna untuk melahirkan insan yang unggul kelak dan mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang kuat.
Oleh itu, diharap program seumpama ini dapat diteruskan lagi bagi melatih dan melahirkan seorang mahasiswa yang berkeyakinan tinggi serta dapat memberi sumbangan kepada Universiti Utara Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia & Masyarakat.

PENDAKIAN DEMI MENIMBA ILMU PENGAKAP
Unit Kokurikulum Kelana Siswa kumpulan 2B dengan kerjasama Unit Kokurikulum Kelana Siswa kumpulan 2A telah berjaya mengadakan program Kursus Kepimpinan Manik Kayu Peringkat 1-Penerangan. Program ini telah dilaksanakan di Hutan Lipur Gunung Jerai, Yan, Kedah. Seramai 22 orang pelajar dari Unit Kokurikulum Kelana Siswa kumpulan 2B dan 28 orang pelajar dari Unit Kokurikulum Kelana Siswa kumpulan 2A telah menghadiri program ini dengan diiringi oleh seorang jurulatih iaitu En Zulkiflee bin Shariff dan berserta seorang pegawai iringan iaitu Puan Hajah Mormah binti Mohd Yusoff.
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan dan pendedahan tentang kemahiran-kemahiran kepengakapan seperti ikatan, pertolongan cemas, membaca peta, dan kompas serta berkhidmat kepada masyarakat. Program ini juga dapat melatih para pelajar atau peserta menjadi seorang pemimpin yang berkaliber serta berdedikasi.
Menurut Dr. Mohamad Shukri bin Abdul Hamid penyelaras kokurikulum Unit Kemahiran Hidup UUM, program ini dapat memberi peluang kepada para pelajar mendaki Gunung Jerai dan menimba ilmu dalam suasana di luar dewan kuliah. Beliau juga berharap program-program seperti ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang.
Oleh itu, diharapkan program ini dapat diadakan bagi memberi peluang para pelajar mempraktikkan ilmu kepengakapan yang telah dipelajari agar lebih memahami fungsi-fungsi dan sebab-sebabnya.

KEM REKREASI LEVEL 1 KOKURIKULUM KEMBARA II (A) KEGIATAN LUAR KULIAH (KLK)
Kembara II (A)(VKHA1021) dengan kerjasama semua pihak yang terlibat dengan aktiviti ini iaitu pelajar-pelajar kokurikulum kembara kumpulan A dan jurulatih-jurulatih yang telah berjaya mengadakan program Kegiatan Luar Kuliah di Teluk Nipah, Kota Kuala Muda Kedah. Seramai 30 orang pelajar telah hadir mengikuti program ini dengan diiringi oleh seorang jurulatih dan dibantu oleh 3 orang pembantu jurulatih.
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk melengkapkan para pelajar dalam kursus kejurulatihan Kegiatan Luar Kuliah. Kegiatan Luar Kuliah ini diadakan adalah untuk mendedahkan para pelajar kepada dunia sebenar yang sangat luas dan mencabar. Di samping itu, para pelajar turut didedahkan mengenai ikhtiar hidup, belajar berdikari dan bersedia dari segi mental dan fizikal dalam apa jua keadaan. Kegiatan Luar Kuliah ini juga bertujuan untuk memupuk keyakinan dalam diri para pelajar dengan melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang telah disediakan. Para pelajar dapat membuat aktiviti yang mencabar ini dengan jayanya. Para pelajar turut berdikari sepanjang program ini, memupuk semangat perpaduan, sikap bekerjasama dan toleransi dalam kalangan pelajar dengan memasak dan beraktiviti secara berkumpulan. Di samping itu, Kegiatan Luar Kuliah ini juga dapat memupuk keyakinan dalam diri para pelajar dengan melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang telah disediakan.
Menurut jurulatih Encik Ahmad Bin Othman, program ini bertujuan untuk memupuk keyakinan dalam diri para pelajar dengan melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang telah disediakan dan perkaitan pembinaan kecemerlangan diri pimpinan pelajar menerusi penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dari aspek pembinaan sahsiah diri, kepimpinan dan aktiviti akademik. Para pelajar perlulah bersedia dari segi mental dan fizikal dalam apa jua keadaan.
Oleh itu, diharap program seumpama ini dapat diteruskan bagi melatih dan membimbing mahasiswa dalam menghadapi keidupan yang mencabar kelak. Kegiatan Luar Kuliah yang telah diikuti membentuk pelajar menghargai masa. Para pelajar dilatih untuk menguruskan masa dengan cekap. Selain itu, pelajar yang melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum ini turut memiliki tahap disiplin diri yang tinggi dalam diri. Pemilikan disiplin yang tinggi ini terhasil kerana semua aktiviti kokurikulum memerlukan seseorang itu mematuhi beberapa peraturan tertentu yang meliputi aktiviti yang wajib disertai, masa untuk melakukan sesuatu aktiviti dan tempoh akhir untuk menyiapkan sesuatu aktiviti itu. Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Ahli setiap kumpulan terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua kumpulan akan berkumpul dan berbincang untuk bertukar-tukar pendapat serta bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti. Dengan ini akan mengeratkan lagi hubungan diantara pelajar. Para pelajar juga berpeluang mendekatkan lagi diri dengan penduduk kampung di sana dengan memberi bantuan kepada penduduk yang kurang berkemampuan.

MENAWAN GUNUNG JERAI
25 April 2015, Sabtu - Sub unit Kokurikulum Kemahiran Hidup iaitu Kembara telah Berjaya mengadakan Kem Rekreasi Tahap Dua yang telah dilaksanakan di Gunung Jerai. Seramai 34 orang pelajar telah mengikuti kem ini dengan diiringi 3 orang jurulatih pengiring.
Tujuan kem ini dijalankan adalah untuk mendedahkan mahasiswa/i kepada dunia sebenar yang sangat luas dan mencabar juga mengenai ikhtiar hidup. Selain itu, kem ini juga adalah untuk menyediakan mahasiswa/i bersedia dari segi mental dan fizikal dalam apa jua keadaan serta memupuk keyakinan dalam diri setiap mahasiswa/i apabila menghadapi cabaran. Berbantukan jurulatih, semua pelajar berjaya sampai ke puncak Gunung Jerai.
Menurut jurulatih, Encik Ahmad bin Shoib, kem ini mampu menjadikan para pelajar seorang mahasiswa/i yang sentiasa menyahut cabaran serta tidak mudah putus asa. Beliau juga mengucapkan taniah kepada semua pelajar kerana berjaya tiba di puncak Gunung Jerai.
Oleh itu, program seumpama ini diharap dapat diteruskan lagi bagi melatih dan membimbing mahasiswa dan mahasiswi dalam menghadapi cabaran serta memupuk keyakinan diri.

KEM REKREASI TAHAP TIGA (KELAB KEMBARA)
Kelab Kembara III bagi kumpulan B dengan kerjasama Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia (UUM) telah berjaya mengadakan Kem Rekreaksi Tahap Tiga iaitu Kegiatan Luar Kampus (KLK) yang telah dilaksanakan di Sg. Sedim, Kulim, Kedah. Seramai 36 orang pelajar telah hadir mengikuti KLK ini dengan diiringi oleh 3 orang jurulatih.
Tujuan KLK ini dijalankan adalah untuk melengkapkan mahasiswa mahasiswi dalam kursus kejurulatihan Rekreasi Tahap Tiga. Antara objektif KLK ini dilaksanakan adalah untuk mendedahkan mahasiswa mahasiswi kepada dunia sebenar yang sangat luas dan mencabar serta mendedahkan kepada mereka mengenai ikhtiar hidup. Selain itu, KLK ini diadakan adalah untuk menyediakan mahasiswa mahasiswi yang bersedia dari segi mental dan fizikal dalam apa jua keadaan dan memupuk keyakinan yang lebih tinggi. Selepas KLK ini dijalankan, antara output yang diperolehi adalah mahasiswa mahasiswi dapat merasai pengalaman melakukan aktiviti yang mencabar dan aktiviti yang dipelajari secara teori di dalam kelas. Sebagai contoh, mereka berpeluang melakukan aktiviti water resque, water rafting,flying fox, river crossing dan juga survival.
Mahasiswa mahasiswi juga berpeluang mempraktikkan beberapa pembelajaran yang dipelajari di dalam kelas seperti aktiviti pemasangan khemah serta mengemas kembali khemah tersebut. Selain daripada itu juga, ikatan silaturrahim dapat dieratkan antara kumpulan A dan B Kelab Kembara ini kerana kami bersama-sama menjalani KLK di tempat dan waktu yang sama. Sebagai contoh, kami bersama-sama menjalani aktiviti yang disediakan serta bersama-sama menyumbang tenaga dalam menyediakan pemakanan seperti sarapan pagi, makan malam dan juga BBQ.
Menurut Encik Mohd Sharon Nizam bin Zakaria, selaku jurulatih Kelab Kembara ini, program KLK ini membolehkan mahasiswa mahasiswi mempelajari serta merasai pengalaman melakukan aktiviti-aktiviti yang mencabar serta menyemai sifat keyakinan dalam diri masing-masing. Oleh itu, diharap program seperti KLK ini dapat membantu mahasiswa mahasiswi dalam membentuk peribadi yang baik, membina keyakinan yang

KEM REKREASI LEVEL 1 KOKURIKULUM KEMBARA II (B)
KEGIATAN LUAR KAMPUS (KLK)
4 April 2015, Sabtu - Kembara II (B)(VKHA1021) dengan kerjasama semua pihak yang terlibat dengan aktiviti ini iaitu pelajar-pelajar kokurikulum kembara kumpulan B dan jurulatih-jurulatih yang telah berjaya mengadakan program Kegiatan Luar Kampus di Teluk Nipah, Kota Kuala Muda Kedah. Seramai 30 orang pelajar telah hadir mengikuti program ini dengan diiringi oleh seorang jurulatih dan dibantu oleh 3 orang pembantu jurulatih.
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk melengkapkan para pelajar dalam kursus kejurulatihan Kegiatan Luar Kampus. Kegiatan Luar Kampus ini diadakan adalah untuk mendedahkan para pelajar kepada dunia sebenar yang sangat luas dan mencabar. Di samping itu, para pelajar turut didedahkan mengenai ikhtiar hidup, belajar berdikari dan bersedia dari segi mental dan fizikal dalam apa jua keadaan. Kegiatan Luar Kampus ini juga bertujuan untuk memupuk keyakinan dalam diri para pelajar dengan melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang telah disediakan. Para pelajar dapat membuat aktiviti yang mencabar ini dengan jayanya. Para pelajar turut berdikari sepanjang program ini, memupuk semangat perpaduan, sikap bekerjasama dan toleransi dalam kalangan pelajar dengan memasak dan beraktiviti secara berkumpulan. Di samping itu, Kegiatan Luar Kampus ini juga dapat memupuk keyakinan dalam diri para pelajar dengan melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang telah disediakan.
Menurut jurulatih Encik Ahmad Bin Othman, program ini bertujuan untuk memupuk keyakinan dalam diri para pelajar dengan melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang telah disediakan dan perkaitan pembinaan kecemerlangan diri pimpinan pelajar menerusi penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dari aspek pembinaan sahsiah diri, kepimpinan dan aktiviti akademik. Para pelajar perlulah bersedia dari segi mental dan fizikal dalam apa jua keadaan.
Oleh itu, diharap program seumpama ini dapat diteruskan bagi melatih dan membimbing mahasiswa dalam menghadapi keidupan yang mencabar kelak. Kegiatan Luar Kampus yang telah diikuti membentuk pelajar menghargai masa. Para pelajar dilatih untuk menguruskan masa dengan cekap. Selain itu, pelajar yang melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum ini turut memiliki tahap disiplin diri yang tinggi dalam diri. Pemilikan disiplin yang tinggi ini terhasil kerana semua aktiviti kokurikulum memerlukan seseorang itu mematuhi beberapa peraturan tertentu yang meliputi aktiviti yang wajib disertai, masa untuk melakukan sesuatu aktiviti dan tempoh akhir untuk menyiapkan sesuatu aktiviti itu. Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Ahli setiap kumpulan terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua kumpulan akan berkumpul dan berbincang untuk bertukar-tukar pendapat serta bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti. Dengan ini akan mengeratkan lagi hubungan diantara pelajar.

TINGKATKAN KEMAHIRAN INSANIAH KELANA SISWA MELALUI KURSUS KEPIMPINAN
Sub Unit Kokurikulum Kelana Siswa bersama Kolej Universiti Insaniah telah mengadakan Program Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat I di Kem Nur Hijrah, Yan Kedah pada 19 hingga 21 Mac 2015. Seramai 130 pelajar telah bersama-sama mengikuti program ini.
Program ini melatih pelajar dalam melahirkan individu yang berpotensi tinggi dari segi fizikal, intelek, sosial, rohani serta mempunyai tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Kursus turut membuka ruang kepada pelajar mendalami kemahiran-kemahiran yang perlu ada sebagai seorang pemimpin khasnya menjadi pemimpin yang berkualiti.
Menurut Dr. Mohamad Shukri Abdul Hamid selaku Penyelaras Unit Kemahiran Hidup Pusat Kokurikulum UUM berpandangan bahawa program sebegini mampu melahirkan mahasiswa yang berfikiran dinamik di samping memupuk kemahiran komunikasi, kemahiran kerja berpasukan dan pemikiran kritis.

KEM REKREASI KEMBARA
Seramai 73 pelajar dari 2 kelas kokurikulum kembara telah mengikuti Kem Rekreaksi Tahap Tiga bertempat di Sg. Sedim, Kulim, Kedah. Aktiviti yang melibatkan alam semula jadi memberi peserta mempelajari asas ilmu pengetahuan di dalam hutan sekaligus pendedahan kepada mahasiswa mahasiswi kekuatan mental dan fizikal walau dalam apa jua keadaan. Peserta juga berpeluang melakukan aktiviti seperti water rescue, water rafting, flying fox, river crossing dan juga survival.
Menurut Dr. Mohamad Shukri Abdul Hamid selaku Penyelaras Unit Kemahiran Hidup, Kem Rekreasi ini memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman melakukan aktiviti-aktiviti yang mencabar disamping menyemai sifat keyakinan dalam diri masing-masing. Program yang juga berunsur ketenangan dengan suasana hutan yang damai dan udara yang bersih mampu memberikan kedamaian dalam menikmati anugerah yang dikurniakan Tuhan disamping meningkatkan rasa cinta kepada alam semulajadi.
Penglibatan kerjasama kumpulan dan sumbangan tenaga diantara peserta mencapai matlamat dan komponen Kemahiran Insaniah (KI) yang diterapkan dalam kursus kokurikulum.

KURSUS KEPIMPINAN MANIK KAYU PERINGKAT 3A
Sub Unit Kokurikulum Kelana Siswa III
(A) VKHB 2031 dengan kerjasama Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia
(UUM) telah Berjaya mengadakan Kursus Kepimpinan Manik Kayu Peringkat 3A yang
telah dilaksanakan di Homestay Kampung Pulau Pisang, Jitra, Kedah. Seramai 32
orang pelajar telah hadir mengikuti khusus ini dengan diiringi oleh 3 orang
jurulatih.
Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan dan pendedahan kepada pelajar berkaitan kemahiran-kemahiran ilmu kepengakapan seperti perkhemahan, ikatan, pertolongan cemas, membaca peta dan kompas serta berkhidmat kepada masyarakat. Berbantukan jurulatih yang berwibawa, kursus ini dapat melatih pelajar menjadi seorang pemimpin yang berdisiplin dan berdikari serta bertanggungjawab ke atas segala tugas yang diberikan walaupun pada masa yang singkat.
Menurut Puan Hajah Normah binti Mohd Yusoff, Jurulatih Kelana Siswa UUM, menyifatkan kursus ini amat penting kerana dapat melatih kemahiran ilmu kepengkapan di samping memupuk kemahiran insaniah serta mengalakkan peserta kursus sebagai agen kepada komuniti (UCE).
Oleh itu, diharap kursus seumpama ini dapat diteruskan bagi melatih dan membimbing mahasiswa dan mahasiswi Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam memberi sumbangan kepada agama bangsa dan negara.

Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Tel: 04-9283512 (Bahagian Akademik), 04-9283515 (Bahagian Aktiviti), 04-9283510 (Bahagian Pentadbiran)
Fax: 04-9283502 Email: [email protected]